Tuesday, March 2, 2010

Allah adalah Rabb.

Anak2, cuba kita pandang sekeliling. Apa yang kita nampak? Macam2 kita akan nampak - pelbagai jenis binatang, alam sekitar (bukit, sungai, laut, gunung, dll...), bulan, bintang, matahari, langit,....subhanallah....banyaknya yang kita akan dapati.

Jadi, siapakah Pencipta kita dan semua yang ada di sekeliling kita? Ia tidak lain dan tidak bukan tentulah Allah swt yang Maha Pencipta yang menciptakan alam ini. Tidak ada kuasa lain yang mampu mencipta alam yang sebegini sempurna, selain dari Allah. Allah itu satu, maka jika ada yang kuasa lain yang menciptakan alam ini, pastilah Tuhan2 itu akan bergaduh sesama mereka, kerana masing2 hendak menunjukkan kehebatan mereka. Maha Suci Allah dari kekurangan seperti itu.

Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan2 selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan (Terjemahan Al-Anbiya': 22)

Allah adalah Rabb kita. DIA lah yang mencipta, mentadbir dan menyusun, memelihara, mendidik. Allah yang mencipta kita dari tiada kepada ada dan akhirnya kita dimatikan.