Tuesday, March 2, 2010

Allah adalah Rabb.

Anak2, cuba kita pandang sekeliling. Apa yang kita nampak? Macam2 kita akan nampak - pelbagai jenis binatang, alam sekitar (bukit, sungai, laut, gunung, dll...), bulan, bintang, matahari, langit,....subhanallah....banyaknya yang kita akan dapati.

Jadi, siapakah Pencipta kita dan semua yang ada di sekeliling kita? Ia tidak lain dan tidak bukan tentulah Allah swt yang Maha Pencipta yang menciptakan alam ini. Tidak ada kuasa lain yang mampu mencipta alam yang sebegini sempurna, selain dari Allah. Allah itu satu, maka jika ada yang kuasa lain yang menciptakan alam ini, pastilah Tuhan2 itu akan bergaduh sesama mereka, kerana masing2 hendak menunjukkan kehebatan mereka. Maha Suci Allah dari kekurangan seperti itu.

Sekiranya ada di langit dan di bumi Tuhan2 selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa, maka Maha Suci Allah yang mempunyai arasy daripada apa yang mereka sifatkan (Terjemahan Al-Anbiya': 22)

Allah adalah Rabb kita. DIA lah yang mencipta, mentadbir dan menyusun, memelihara, mendidik. Allah yang mencipta kita dari tiada kepada ada dan akhirnya kita dimatikan.

Thursday, December 24, 2009

Kem Anak Soleh 2009










Dah lama sangat tak update blog ni. Bukan tiada bahan, tapi tidak berkesempatan untuk menulis.











Sempena cuti sekolah ni, anak2 dapat menghadiri Kem Anak Soleh 2009 pada 23-24 Disember '09. Alhamdulillah, anak2 amat berpuashati dengan aktiviti yang mereka sertai. Masing2 tidak sabar2 bercerita kepada ayahnya yang tidak dapat bersama dengan mereka sepanjang program.


Subhanallah. Anak2 amat gembira dengan aktiviti meredah hutan dan alur sungai. Tiada apa yang hendak diingatkan kepada anak2 selain dari Allah yang menciptakan alam ini dengan cukup cantik dan teratur.

Monday, June 22, 2009

Sekitar musafir ke Dungun dan Rantau Abang

Singgah sebentar di Sura Hujung

Chalet tempat menginap


Mandi di pantai


Anak-anak bermain pasir

Indahnya pantai Rantau Abang

Selamat tinggal Rantau Abang


Thursday, June 4, 2009

Sekitar ziarah aulad Segamat ke Muar


Kami sampai pada pukul 10.00 pagi



Sesi taaruf anak-anak perempuan

Sesi taaruf anak-anak lelaki

Selesai buat sandwich makan la pulak...

Oh ada yang tak siap lagi...

Acara sukaneka anak-anak lelaki

Acara sukaneka anak-anak perempuan

Persembahan nasyid anak-anak lelaki

Tazkirah ringkas oleh Abang Saiful

Persembahan nasyid anak-anak perempuan
Wah! bukan main lagi adik Yam (si kecil) mendendangkan nasyid bersama kakak-kakaknya.

Thursday, May 28, 2009

Tiada Tuhan Selain Allah 2


Assalamualaikum anak2.

"Waalaikummussalam makcik Ita".

Kita mulakan kelas kita dengan membaca ummul kitab, al-Fatihah dan doa belajar. (Anak2 membaca bersama2 makcik Ita).

Alhamdulillah. Apa khabar anak2? Zubair, sihat?

"Alhamdulillah saya sihat, makcik Ita", jawab Zubair ceria.

Huda, Amin sihat?

"Saya batuk sikit", jawab Huda.

"Saya sihat", jawab Amin pula.

Sihat atau tak sihatnya kita, siapa yang izinkan ia berlaku?

"Allah!!", anak2 menjawab serentak.

Ya, betul, semua Allah yang izinkan ia berlaku. Allah itu bersifat ar-Rahman(Pemurah) dan ar-Rahim(Penyayang) yang menjaga dan memelihara kita.

"Umi, macamana Allah menjaga dan memelihara kita?", Ahmad bertanya.

Dengan sifat Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Allah telah memberi kita bermacam-macam nikmat dan rezeki kepada kita.

"Makcik Ita, rezeki tu apa?", Azim si peminat dinosaur bertanya.

Rezeki ialah sesuatu yang Allah beri kepada kita untuk kita nikmati. Contohnya makan, minum. Maha Pemurahnya Allah lah yang memberikan juga rezeki kepada orang2 yang bukan Islam. Ada satu kisah tentang Nabi Ibrahim dengan seorang Majusi. Suatu hari, datang seorang Majusi ke rumah Nabi Ibrahim untuk meminta makanan. Nabi Ibrahim kata, dia boleh bagi makanan dengan syarat orang Majusi itu mesti beriman kepada Allah terlebih dahulu. Orang Majusi itu enggan beriman lalu pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Malam itu, Nabi Ibrahim bermimpi, Allah menegur Nabi Ibrahim. Allah kata dah berpuluh tahun orang Majusi itu menyembah api, tapi Allah tetap memberinya rezeki tanpa Allah letakkan syarat supaya orang itu beriman terlebih dahulu.

"Pemurahnya Allah ye, makcik Ita", Nadirah mencelah.

Bukan sahaja Maha Pemurah, Allah juga Maha Penyayang. Allah yang memelihara dan menjaga kita semua dari gangguan dan kesusahan. Itulah anak2, Tuhan kita Maha Hebat. Tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Agung. Ingat tak kalimah syahadah yang makcik Ita tunjuk minggu lepas?

"Ingat, makcik Ita", anak2 serentak menjawab.



**********************


Aktiviti Pengkayaan :



  • Tanya anak2 nikmat dan rezeki apa yang Allah telah beri kepada mereka.

  • Minta mereka lukis dalam buku lukisan gambar rezeki (makanan, minuman, harta benda, tubuh badan, dll).

  • Minta anak2 potong gambar2 nikmat Allah (gambar orang tidur, berjalan, membaca, berlari, dll) dari keratan akhbar, majalah.

  • Tampal dalam buku lukisan.

*******************

Kelas di akhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.


Sunday, May 24, 2009

Tiada Tuhan Selain Allah 1


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, anak2.


"Waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh, makcik Ita", serentak mereka menjawab.


Seperti biasa kita mula kelas kita dengan membaca al-Fatihah dan doa belajar. Al-Fatihah...

(Anak2 dan makcik Ita sama2 membaca al-Fatihah dan doa belajar).


Alhamdulillah, kita jumpa hari ini untuk sama2 belajar dan memahami Islam. Tidak ada agama yang Allah redha selain dari Islam. Betul tak Wafi?


"Betulll", jawab Wafi.


Dalam surah apa Allah sebut bahawa agama yang Allah redha hanyalah Islam? Khadijah tahu?


"Surah Ali-Imran:19 (Khadijah membacakan ayat tersebut beserta dengan maknanya)".


Ya, betul dalam surah Ali-Imran ayat 19. Ok, makcik Ita nak tanya, siapa yang mencipta kita dan semua yang ada di alam ini?


"Allah!!", spontan mereka menjawab beramai2.


Ya, betul, segala sesuatu yang ada di alam ini Allah yang ciptakan. Tidak mungkin ia terjadi dengan sendirinya.


"Ya, makcik Ita, Allah Maha Hebat, Allah ciptakan semuaaa", Azim cepat2 mencelah sambil tangannya sibuk mewarnakan gambar dinosaur.


Siapa buat dinosaur, Azim?


"Allah!!", pantas mulutnya menjawab tapi tangannya tetap mewarna.


Ya, Allah adalah Tuhan/Rabb kita. Tuhan yang menciptakan kita dan segala makhluknya.


"Makcik Ita, apa itu makhluk?", tanya Amar.


Siapa tahu apa itu makhluk? Azam tahu?


"Makhluk ialah semua yang Allah cipta, baik yang boleh dilihat seperti pokok, manusia, dll atau yang tidak boleh dilihat dengan mata seperti kuman, syaitan dan malaikat", yakin Azam menjawab.


"Makcik Ita, syaitan jahat, kan? Dia suka kacau manusia", Athirah menambah.


Ya, Tirah, syaitan adalah musuh kita yang nyata. Allah banyak pesan dalam al-Qur'an supaya kita tak ikut langkah2 syaitan. Kita wajib taat dan patuh kepada Allah kerana Dia yang menjadikan kita. Allah Maha Esa. Kita wajib percaya bahawa tiada Tuhan selain Allah. Faham tak anak2, apa yang makcik Ita terangkan ni?.


"Fahammm, makcik Ita!!", serentak mereka menjawab.



********************


Aktiviti Pengkayaan :



  • Tunjuk kad imbasan kalimah syahadah


  • Ajar anak2 membaca kalimah syahadah


  • Berikan pada anak2 keratan kertas yang bertulis kalimah syahadah dan minta mereka cantumkan semula menjadi kalimah syahadah yang lengkap.


  • Beri cenderahati jika anak berjaya mencantumkan dan membacanya dengan betul.


********************



Ok anak2, makcik Ita harap anak2 depan makcik Ita ni sentiasa ingat Allah dalam apa juga keadaan. Berdoa selalu semoga Allah sayang dengan kita. Baiklah anak2, kita sudahi kelas kita ini dengan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr.(Anak2 dan makcik Ita membaca beramai2).